Tanah runtuh di Puchong – Masih selamat dihuni – Polis

Pucong, Dis 20
Polis mengesahkan kawasan perumahan yang tidak terjejas berhampiran tanah runtuh di Jalan Wawasan, Taman Wawasan di sini masih selamat dihuni.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata penduduk tidak perlu bimbang kerana struktur tanah runtuh itu tidak akan sampai ke kawasan lain.”Jadi kalau kita rasakan kawasan ini tidak selamat (berdasarkan) laporan daripada jabatan yang berkaitan, kita akan maklumkan kepada penduduk,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebimbangan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran tanah runtuh itu. Selain itu, Anbalagan berkata kerja-kerja penanaman cerucuk besi masih giat dilakukan di kawasan terbabit mengikut kesesuaian dan kedalaman cerun tanah runtuh.

Pada Sabtu lepas, seramai 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here