Tangguh pendaftaran PADU hingga isu teknikal diperbetulkan’ – Kian Ming

Kuala Lumpur, Jan 03.
Kerajaan digesa menangguhkan proses pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga beberapa aspek keselamatan diperbetulkan.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, mendakwa langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran PADU, termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah ada dalam pangkalan data sistem itu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, melalui platform sosial X mengatakan data yang disatukan daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan tidak dipaparkan kerana kebimbangan keselamatan dan kemungkinan penggodaman.

Tetapi pengguna perlu mengisi lagi maklumat terbabit dan bagaimana data itu tidak sama dengan apa yang terdapat dalam pangkalan data PADU dan bagaimana sistem berkenaan maklumat lain berkaitan pendapatan sewaan tanah atau aset?

Selain itu terlalu banyak ruangan perlu diisi, pasti meningkatkan kebarangkalian pengguna tidak mengisi maklumat dengan tepat bagi membolehkan mereka terus layak menikmati subsidi kerajaan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here