Budak lima tahun maut tertusuk besi ampaian

Gombak, Jan 9.
Budak perempuan meninggal dunia selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartmen dekat Batu Caves, Sabtu lalu.

Mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah , Kuala Lumpur.

Kejadian 2.30 petang disedari ibu mangsa berusia 40 tahun selepas dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya yang melihat mangsa terbaring berlumuran darah.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan mendapati mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah. Semasa bermain, mangsa dipercayai tertusuk besi ampaian di bahagian leher.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here