Pengislaman tiga anak Siew Hong tak sah – Mahkamah Rayuan

Putrajaya, Jan 10
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan status quo agama Islam tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong yang ditukar secara sebelah pihak oleh bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli, membuat keputusan berkenaan secara sebulat suara.

Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, pada 25 Mac 2022, bagi mencabar pengislaman ketiga-tiga anaknya oleh bekas suaminya yang memeluk Islam sekali gus memohon membatalkan pengislaman berkenaan.

Siew Hong menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here