Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor

Kuala Lumpur, Jan 12.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk, pagi ini, membabitkan beberapa daerah di Pahang dan Johor, hingga Ahad ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan keadaan banjir di dua negeri itu lambat untuk surut.

METMalaysia melaporkan, hujan lebat pada tahap itu dijangka di Rompin, Pahang; Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, Johor.

Selain itu, hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Pekan, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga tempoh sama. Perkara itu dimaklumkan METMalaysia melalui laman X.

Pada masa sama, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here