Lebih 100 Cawangan KFC Malaysia Ditutup Sementara Waktu – Kelantan Paling Tinggi

Kuala Lumpur, Apr.
QSR Brands (M) Holdings Bhd menutup sementara waktu lebih 100 cawangan KFC di seluruh Malaysia ekoran gerakan boikot yang berlangsung kira-kira setengah tahun, lapor Nanyang Siang Pau.
Menurut portal itu lagi, maklumat dan data menunjukkan terdapat cawangan di 13 negeri di seluruh negara dan Kuala Lumpur yang telah digantung daripada perniagaan.

15 cawangan di Johor, 11 di Kedah, 10 di Terengganu, 10 di Pahang, 9 di Perak, 6 di Negeri Sembilan, 2 di Perlis, 2 di Melaka, 5 di Pulau Pinang, 3 di Kuala Lumpur, 1 di Sabah dan 2 di Sarawak tutup sementara waktu.

Jelas sekali boikot itu telah menjejaskan operasi KFC di seluruh negara, ujar portal berkenaan.

Sementara itu, QSR Brands, pengendali KFC di Malaysia, masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penutupan sementara waktu sebahagian cawangan mereka. – NST

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here