Pengguna jalan raya berhak fail saman, tuntut ganti rugi

Shah Alam, Apr.
Pengguna yang terlibat dengan insiden kerosakan jalan berhak memfailkan saman ke atas syarikat penyelenggara atau kerajaan negeri bagi tujuan menuntut kerugian.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Law Teik Hua berkata, kedua-dua pihak itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan berkenaan.

“Sebagai pengguna yang membayar cukai, sudah tentu mereka mengharapkan jalan raya dilalui itu bebas daripada segala kerosakan.

“Sekiranya mereka terlibat dengan insiden jalan raya rosak akibat kecuaian kerajaan atau syarikat penyelenggara yang gagal menyelenggara dengan baik maka pihak berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian dialami pengguna,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here