Rapid Rail catat rekod bawa lebih 1 juta penumpang sehari

Kuala Lumpur, Mei-

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), pengendali perkhidmatan LRT, Monorel dan MRT di Lembah Klang mencatatkan rekod pada Rabu lalu apabila membawa lebih sejuta penumpang dalam sehari.

Rapid Rail dalam kenyataan berkata rekod itu adalah yang tertinggi sejak penubuhannya pada 2002.

Pada Rabu lalu laluan Kelana Jaya mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 287,102 diikuti Ampang/Sri Petaling (224,184), Monorel (61,236), Kajang (274,302) dan Putrajaya (157,767) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,004,591.

Menurut Rapid Rail, jumlah penumpang itu mencatatkan peningkatan lebih 35% berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya iaitu 739,818.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here