KV Sudhan
Klang,Jun-
Saravanan Ilango, ketua Jawatankuasa Bertindak Pemulihan Tanah, yang membantah dan bersuara bagi pihak mangsa 17 keluarga India, bertanya melalui harian Tamil, Makkal Osai sama ada pemimpin politik dan masyarakat akan menghulurkan tangan untuk menyelesaikan masalah tanah Kampong Thangavelu, Klang yang terjejas dengan rancangan pembangunan kerajaan.
Kami telah berjuang selama sembilan tahun yang lalu. Dalam situasi politik sekarang, kita berharap pemimpin MIC yang kaum India dalam kerajaan perpaduan turut tampil mewakili .
Kerana kebanyakan mangsa isu tanah sekarang adalah sukarelawan akar umbi menyokong parti itu dan pertubuhan bukan kerajaan selama bertahun-tahun. Sebelum ini, kita telah berhadapan banyak isu perobohan kuil dan isu tanah perumahan. Mengenai isu ini, dua petisyen telah dikemukakan kepada pertubuhan hak asasi manusia SUHAKOM
Kita telah mengemukakan 4 memerandum kepada Ketua Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor. Kami juga mengemukakan petisyen kepada Pejabat Perdana Menteri. Memandangkan kes mahkamah berkaitan perkara ini belum selesai, syarikat pembangunan berkaitan tidak menghentikan perobohan rumah tersebut walaupun polis meminta agar tidak merobohkan rumah di situ.
Selain dari itu, kebanyakan orang yang terjejas oleh masalah ini berumur 55 tahun ke atas. Mereka tidak mempunyai akses pinjaman bank. Selain itu, kerajaan sudi menyediakan tanah alternatif kepada penduduk walaupun mereka yang tinggal di tanah
Dalam hal ini, lega sekiranya kerajaan sekurang-kurangnya menyediakan tanah alternatif kepada mereka yang terjejas secara langsung dengan rancangan pembangunan kerajaan. Bagi pihak keluarga berkenaan, Saravanan meminta agar perhatian dewan undangan dan ahli parlimen kawasan ini termasuk menteri besar negeri harus beralih kepada kita.