Penemuan mayat Nur Farah Kartini: Polis tahan seorang penjawat awam

Kuala Lumpur, Julai-
Penjawat awam ditahan polis bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan selepas penemuan mayat seorang gadis di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah gadis yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

“Susulan penemuan mayat berkenaan, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya .

Bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here