Culik kanak-kanak Albertine Leo Jia Hui : 3 ditahan untuk siasatan

Johor Bahru, Julai-
Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan Albertine Leo Jia Hui berusia enam tahun di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, berkata ketiga-tiga individu warga tempatan itu ditahan di sekitar Gelang Patah, jam 1.30 petang tadi.

“Tangkapan telah dibuat terhadap dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan ketiga-tiga individu itu akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman.Katanya, kanak-kanak itu juga setakat ini masih belum ditemui.

Pada masa sama, Kumar turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke talian hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau talian Bilik Gerakan 07-2212999,” katanya.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here