52 penghuni 17 rumah Taman Bunga Raya diarah berpindah akibat tanah runtuh

Kuala Lumpur, Ogos-
Seramai 52 penghuni di 17 unit kediaman rumah teres di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang – Kem Wardieburn di sini diarah berpindah susulan kejadian tanah runtuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail, berkata mangsa terdiri daripada 26 lelaki dan 26 wanita diarah mengosongkan kediaman masing-masing kerana dibimbangi berlaku tanah runtuh susulan.

Menurut beliau, satu pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka di Dewan Badminton Taman Bunga Raya untuk semua penghuni yang terjejas dalam kejadian itu.

“Ada sebahagian kecil yang tinggal sementara di PPS manakala selebihnya, memilih untuk menumpang di rumah saudara-mara dan juga menginap di hotel.

Tiada kediaman yang terjejas dalam kejadian itu, cuma sebuah rumah berada dekat dengan tebing yang runtuh, dengan jarak kira-kira dua kaki.

“Berikutan itu, atas nasihat pihak bomba, penduduk di 17 kediaman terbabit dinasihatkan berpindah kerana lokasi masih berisiko,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan sebahagian dinding penahan tanah runtuh kira-kira 5.40 petang sehingga menjejaskan sebuah rumah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here