Pukul anjing di balkoni rumah – Pemain badminton didenda RM25,000

Kajang, Ogos-

Lelaki didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini  kerana memukul anjing baka Husky di balkoni rumahnya bulan lalu.

Tindakan  seorang pemain badminton profesional Samuel Lee, 21, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Mazuliana Abdul Rashid hari ini.

Mahkamah memerintahkan dia selaku Orang Kena Saman (OKS) dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memukul haiwan berkenaan dengan tangan secara bertubi-tubi di balkoni sebuah unit kondominium di sini antara jam 12.09 hingga 12.19 tengah malam, 1 Julai lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here