Murid keracunan makanan meningkat, kantin SK Chepor diarah tutup 14 hari

Ipoh, Sep-
Jumlah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini yang mengalami keracunan makanan meningkat kepada 101 orang berbanding 86 orang yang dilaporkan semalam.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, Jabatan Kesihatan Perak melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta pada awalnya menerima notifikasi mengenai lima orang pelajar sekolah berkenaan jam 8 pagi pada Rabu kerana mengalami gejala keracunan makanan seperti cirit, muntah, sakit perut dan demam yang menerima rawatan di dua fasiliti kesihatan di sekitar Ipoh.

Menurutnya, hasil siasatan pengesanan kes aktif seramai 96 orang kes lagi telah dikesan sehingga jam 5 petang pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 101 orang melibatkan 50 orang murid perempuan dan 51 orang murid

“Seorang murid sekolah tersebut telah dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here