Temerloh, Okt-
Seorang gadis 20 tahun disedari hilang di hadapan rumahnya di Taman Temerloh Jaya di sini pada 6 Oktober lalu jam 11.15 malam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner, Mazlan Hassan berkata bapa gadis tersebut seorang pesara kerajaan melaporkan kehilangan anaknya pada 7 Oktober jam 3.15 pagi.
“Ayah gadis itu memaklumkan anak perempuannya, Nurul Aliya Zulkifli telah keluar membuang sampah kira-kira lima meter di hadapan rumah.
“Setelah agak lama bapanya mendapati anaknya tiada di hadapan rumah, dia mencari di hadapan rumah dan kawasan sekitar tetapi tidak bertemu anaknya,” katanya hari ini.