8 cedera nahas tiga kenderaan

Sekinchan, Okt-
Lapan cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.21 pagi.

“Kemalangan membabitkan lori satu tan, lori tiga tan dan kereta Proton Saga. Terdapat lapan mangsa dalam ketiga-tiga kenderaan.

“Enam dikeluarkan orang awam dan cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here