Imigresen tahan 119 pendatang tanpa izin

Kuala Lumpur, Nov-
Jabatan Imigresen menahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah, di sini, pada Selasa.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi yang bermula 6 petang sehingga 11 malam dengan kekuatan 438 termasuk pegawai dan anggota lain-lain pangkat itu, dijalankan hasil aduan orang ramai dan risikan yang dilakukan selama hampir sebulan.

Beliau berkata, pihaknya telah memeriksa 400 pendatang dan kesemua yang ditahan terdiri daripada 89 warga Myanmar, 14 warga Bangladesh, lapan warga Nepal dan masing-masing empat warga Indonesia dan India berumur 18 hingga 50. Semua mereka dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk pemeriksaan lanjut.

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here