Kuala Lumpur, Jan-
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 5,433 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dengan 466 kenderaan disita dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2025 di seluruh negara, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata secara keseluruhan sebanyak 11,157 kenderaan diperiksa dalam operasi berkenaan.
Beliau berkata, jumlah itu terdiri daripada 3,736 kereta, 5,688 motosikal serta 1,733 pelbagai jenis kenderaan lain.
“Dalam operasi ini, sebanyak 5,433 helaian saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Kita turut membuat 36 tangkapan dengan 33 tangkapan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kanun Keseksaan (dua) dan Akta Dadah Berbahaya 1952 (satu),” katanya dalam kenyataan.





















