Anjing bantu cari mangsa tertimbus bawah besi

Bentong, Jan-
Bantuan anjing pengesan K9 digunakan untuk mencari seorang mangsa yang dipercayai tertimbus bawah timbunan besi selepas sebuah lori terbabit dalam kemalangan di Kilometer 42.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) Arah Kuantan malam tadi.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi ) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Salahudin Isa berkata kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan besi terbabas ke gaung 20 meter.

“Terdapat seorang lelaki dewasa disyaki berada di bawah kepala lori dan timbunan besi, status mangsa masih belum dikenal pasti. “Pusat Gerakan Operasi (PGO) memohon bantuan unit K9 hadir ke lokasi bagi membantu mencari mangsa dengan menggunakan dua ekor anjing pengesan bersama tiga orang anggota pada jam 1.20 pagi ini,” katanya.

Bantuan rakan strategik turut hadir di lokasi kejadian bagi membantu mencari mangsa dan mengeluarkan mangsa.

“Status dua mangsa yang ditemukan di bahagian pemandu dan penumpang sedang dalam pengesahan pegawai kesihatan. Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here