Kuala Lumpur, Jan-
Sebanyak 4,699 kandungan dalam talian telah diminta untuk diturunkan sejak 1 Januari lalu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah tersebut, 72 peratus melibatkan isu perjudian dalam talian, manakala 14 peratus merupakan kandungan berunsur penipuan (scam).
“Secara keseluruhan, 86 peratus daripada kandungan yang diminta untuk diturunkan adalah berkait rapat dengan isu perjudian dalam talian dan scam,” katanya.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya berkata, MCMC berjaya menyekat lebih 3.1 bilion panggilan scam dan memproses hampir 12,000 aduan tahun lalu.
“Perkara itu adalah satu pencapaian penting yang menegaskan komitmen Malaysia dalam menangani ancaman siber dan memupuk persekitaran digital yang lebih selamat,” katanya.