Mayat wanita bersama bayi baharu lahir di tepi jalan

Kuala Lumpur, Jan-
Mayat ibu dan bayi baharu lahir ditemukan di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, Kulai, Johor.

Memetik sumber, wanita warga Indonesia itu ditemui dalam keadaan sedang memeluk mayat bayi lelakinya yang masih bertali pusat.

Sumber berkata mayat kedua-duanya disedari seorang pejalan kaki, sekitar 8 pagi tadi.

Kata sumber itu, siasatan lanjut turut melihat jika kejadian itu mempunyai unsur jenayah, namun tiada tanda darah atau kecederaan lain pada mayat.

Sementara itu, Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee mengesahkan penemuan dua mayat berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, semua butiran akan dimaklumkan kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here