Kes buang kucing: DVS ambil keterangan suspek, sita kereta, guni

Kuala Lumpur, Jan-
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor menyita sebuah kereta, beberapa guni dan sangkar dipercayai digunakan untuk mengangkut kucing sebelum dibuang di sebuah pangsapuri Batu 9 Cheras, Kajang.

DVS berkata, pihaknya mengesan video 37 saat tular di media sosial sejak kelmarin memaparkan sekumpulan individu memasukkan beberapa ekor kucing ke dalam guni dan but kereta.

Bertindak atas maklumat itu, katanya, sepasukan pegawai kebajikan haiwan Selangor bergegas ke lokasi aduan untuk menjalankan pemeriksaan.

“Pemeriksaan awal mendapati kejadian dilaporkan berlaku antara 9 pagi sehingga 3 petang kelmarin membabitkan penduduk di sekitar lokasi aduan yang dalam program gotong-royong anjuran bersama pihak pengurusan bangunan (JMB) perumahan berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, sebuah Nissan Sentra, beberapa guni dan sangkar dipercayai digunakan untuk mengangkut kucing disita untuk siasatan mengikut Subseksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Katanya, keterangan beberapa suspek turut diambil mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here