Nombor plat ‘fancy’ Tangkap gambar, adukan kepada JPJ

Kuala Lumpur,Jan-
Orang ramai boleh mengadukan kesalahan penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ menerusi emel aduan atau aplikasi MyJPJ.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramly, berkata orang ramai boleh memuat naik gambar nombor pendaftaran terbabit dan membuat aduan secara dalam talian.

“Jika terlihat nombor pendaftaran fancy, orang ramai boleh membuat aduan trafik secara dalam talian menerusi [email protected] atau aplikasi telefon, MyJPJ.

“Ambil gambar dan hantar dengan maklumat serta perincian maklumat yang pihak kita perlukan,” katanya .

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita di Kedah dikompaun kerana kereta jenis Honda City dipandunya menggunakan nombor pendaftaran seperti namanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here