Langkawi, Feb-
Seramai 84,711 pengunjung memasuki Langkawi menerusi feri penumpang cuti sepanjang cuti persekolahan hujung tahun lalu hingga kelmarin.
Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Norhafiz Abdul Wahid, berkata daripada jumlah itu, seramai 33,708 pengunjung dari Kuala Kedah.
“Selebihnya, seramai 51,003 pengunjung lagi tiba dari Kuala Perlis.
“Data itu bagi tempoh 18 hari, mulai 16 Januari iaitu hari pertama cuti akhir persekolahan sesi 2024/2025 hingga kelmarin, selain cuti Tahun Baharu Cina mulai 28 Januari hingga 31 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.




















