Kereta dihempap pokok ditebang-Wanita nyaris maut

Sungai Petani, Feb-
Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok ditebang seorang lelaki di Kilometer 69, Jalan Alor Setar – Butterworth, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata kejadian dipercayai berlaku jam 6.10 petang semalam membabitkan kereta dipandu suri rumah berusia 27 tahun itu yang dihempap pokok kelapa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika wanita itu keluar simpang dari Kampung Paya Kerchut dan bergerak ke pekan Tikam Batu.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba pokok kelapa di tepi jalan sebelah kiri tumbang dan menghempap kereta dipandu mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk diberi rawatan dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here