Menara Kuala Lumpur ditutup sementara waktu

Putrajaya, Apr–

Menara Kuala Lumpur akan ditutup sementara waktu bermula Khamis bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pengunjung serta memberi ruang kepada pengurusan baharu membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, tarikh pembukaan semula Menara Kuala Lumpur akan dimaklumkan melalui pelbagai saluran media kelak.

Katanya, kerajaan menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur ialah milik kerajaan di mana bermula 1 April lalu bangunan itu diambil alih oleh syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).

Syarikat itu akan mengendalikan aspek pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur.

Susulan itu, pendudukan syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) di atas tapak Menara Kuala Lumpur selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here