Ismail Sabri, YKM rai 300 anak yatim, yatim piatu

Shah Alam, Aprl-
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan meraikan 300 anak yatim dan yatim piatu di bawah jagaan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) serta anak-anak dari dua rumah anak yatim pada Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran yayasan itu di Menara Aras Raya, Kuala Lumpur pada Rabu.

YKM dalam satu kenyataan berkata, selain meraikan anak-anak yatim, yayasan itu dengan kerjasama Pejabat Urusetia bekas Perdana Menteri Kesembilan berkenaan turut menyambut kehadiran lebih 1,000 tetamu terdiri daripada pemimpin politik negara, wakil kementerian, syarikat korporat dan duta asing.

“Jamuan Aidilfitri ini telah dihadiri lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada pemimpin politik negara, wakil kementerian, syarikat korporat dan duta asing.

“Majlis ini juga turut disertai hampir 300 anak yatim, yatim piatu di bawah jagaan YKM, anak-anak daripada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh dan Pertubuhan Kebajikan Raudhatul Al-Faeez,” katanya pada Jumaat.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran; Timbalan MIC, Datuk Seri M. Saravanan; bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here