Rasuah hingga RM50,000 bagi proses pembelian, penyediaan sijil kelahiran bayi

Kuala Lumpur, Apr-
Sindiket mengemukakan borang daftar kelahiran palsu yang ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lalu, dikesan menawarkan wang suapan antara RM5,000 hingga RM50,000 kepada individu terlibat bagi menguruskan proses pembelian bayi dan penyediaan sijil kelahiran.

Menurut sumber, siasatan awal SPRM berjaya mengesan transaksi berjumlah RM400,000 membabitkan sindiket berkenaan yang dikesan mula beroperasi sejak 2021.

“SPRM masih lagi dalam siasatan untuk mengenal pasti dalang sindiket yang terlibat dalam isu ini. Siasatan awal turut mendapati modus operandi yang digunakan oleh ejen adalah melalui iklan-iklan di media sosial dan juga kenalan atas kenalan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rabu lalu, SPRM menahan reman 14 individu kerana disyaki terlibat mengemukakan borang daftar kelahiran yang mengandungi butiran matan palsu berkaitan pengesahan kelahiran bayi sedangkan tiada rekod kelahiran bayi itu di hospital yang terlibat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here