Kuala Langat, Apr-
Sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyamun seorang penjual bunga di sebuah kuil di Jenjarom, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd Sufian Amin berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 4.50 petang daripada seorang wanita.
KUALA LANGAT – Sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyamun seorang penjual bunga di sebuah kuil di Jenjarom, di sini, pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd Sufian Amin berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 4.50 petang daripada seorang wanita.
“Dalam kejadian itu, mangsa bersama anak perempuannya tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki disyaki warga tempatan yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga kira-kira jam 1.30 petang.
“Suspek yang menutup muka dan bersenjatakan parang bertindak mengacukan senjata itu kepada mangsa sebelum menarik rantai emas di leher mangsa lalu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa kerugian kira-kira RM4,000, namun tiada sebarang kecederaan dialami oleh mangsa dan anaknya.