Kardinal Malaysia mengundi pemilihan Pope baharu

Kuala Lumpur, Apr-

Susulan kematian Pope Francis, Pope seterusnya akan dipilih oleh Kolej Kardinal yang merupakan barisan paderi paling senior dalam Gereja Katolik, dan daripada 135 orang pengundi ini, seorang daripada mereka adalah rakyat Malaysia.

Kardinal-kardinal yang layak mengundi itu kini sedang menuju ke konklaf, yang berasal dari perkataan Latin cum clave, bermaksud “dengan kunci” – merujuk kepada proses pemilihan Pope yang tertutup dan rahsia.

Datuk Seri Sebastian Francis, yang dilahirkan di Johor, akan menyertai rakan-rakannya dari seluruh dunia untuk proses pengundian tersebut.

Paderi berusia 73 tahun itu, kini menetap di Pulau Pinang dan telah menjadi Biskop Pulau Pinang sejak 2011.

Beliau dinaikkan sebagai kardinal pada September 2023 oleh Pope Francis. Beliau merupakan kardinal kedua dari Malaysia selepas mendiang Anthony Soter Fernandez.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here