Culik remaja, tuntut tebusan RM2 juta -5 sekeluarga mengaku tak salah

Seremban, Apr-
Lima sekeluarga didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan menculik remaja perempuan berusia 16 tahun dan menuntut wang RM2 juta, awal bulan ini.

Bagaimanapun, semua lima tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mereka ialah D. Sasveena, 31, suaminya; T. Boharaj, 32, adik tiri, Farhin Muhamad Ariffin, 23, serta dua adik kandung, P. K. Koshenn Kumar, 21 dan P. K. Siveeshinaa.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menculik remaja terbabit dengan cara melarikan mangsa bagi tujuan menuntut wang tebusan RM2 juta.

Perbuatan dilakukan kira-kira jam 5.45 petang di hadapan sebuah salun dekat Jalan S2 B10, Uptown Avenue, Seremban 2, di sini, pada 10 April lalu.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 14 Mei ini.

Media pada 14 Mei melaporkan seorang daripada suspek dipercayai terbabit kes berkenaan ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here