Ketegangan India-Pakistan, Malaysia sedia bantu reda kata Anwar

Kuala Lumpur, May-

Malaysia bersedia membantu meredakan ketegangan antara India dan Pakistan selepas serangan maut di Kashmir yang ditadbir India bulan lalu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif terpaksa menangguhkan lawatan rasminya ke Malaysia, yang dijadualkan Jumaat ini, susulan ketegangan semakin memuncak.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk siasatan bebas dan telus bagi mengenal pasti dalang sebenar serangan itu.

“Saya turut menyatakan kesediaan Malaysia memainkan peranan ke arah meredakan ketegangan sekiranya diperlukan. Hubungan baik Malaysia dengan Pakistan dan India adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan demi keamanan dan kestabilan serantau,” katanya dalam catatan Facebook.

Seramai 26 maut dalam serangan di sebuah pusat pelancongan di Kashmir 22 April lalu, dengan Perdana Menteri India Narendra Modi berikrar mengesan mereka yang menyokong serangan itu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here