Ipoh, Mei-
Tindakan 92 pekerja asing tanpa izin (PATI) menyorok di bilik kosong dalam bangunan setinggi lebih 24 tingkat yang sedang dibina di Bercham, di sini, bagi mengelak ditahan pihak berkuasa, gagal apabila bangunan itu diserbu Jabatan Imigresen, semalam.
Pengarah Imigresen Perak, James Lee, berkata semua pekerja asing terbabit termasuk seorang wanita Indonesia ditahan pihaknya dalam Ops Bersasar yang diadakan pada jam 10.30 pagi semalam dan berakhir jam 12.30 tengah hari, selepas memeriksa seramai 141 individu.
“Kumpulan PATI yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun itu adalah 66 warga Bangladesh, Nepal (9), Myanmar (4), Indonesia (12) dan seorang warga Pakistan.
“Halangan yang dihadapi pegawai dan anggota ketika serbuan itu adalah risiko keselamatan kerana kawasan itu bangunan tinggi yang dalam proses pembinaan.
“PATI terbabit menyorok di bilik kosong yang dalam pembinaan dan pegawai penguat kuasa kami terpaksa mencari mereka di setiap tingkat bangunan itu,” katanya.