Sekurang-kurang 8 suspek disyaki larikan Pamela – Polis

Kuala Lumpur, Mei-

Sekurang-kurang lapan suspek dipercayai terbabit dalam kes Datin Seri Pamela Ling Yueh dilarikan berhampiran Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu.

Anggaran suspek itu adalah berdasarkan pecahan kepada lima pemandu untuk lima kereta dan tiga lagi individu yang keluar untuk melarikan Pamela dari kenderaan e-hailing Grab dinaikinya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata sebelum ini pihaknya mendedahkan pembabitan tiga kenderaan menghalang kereta Grab dinaiki Pamela.

“Berdasarkan hasil siasatan awal, tiga kereta yang dikesan melakukan halangan adalah jenis Toyota Camry, Nissan Almera dan Nissan Teana. Dua lagi kereta terbabit dikesan berada di bahagian paling hadapan kepada tiga kenderaan yang menghalang itu dan pada bahagian paling belakang.

“Kita percaya peranan dua lagi kenderaan itu ialah memastikan situasi untuk ‘melancarkan’ tindakan mereka melarikan Pamela,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Setakat ini, Rusdi berkata, polis menganggarkan sekurang-kurang lapan individu terbabit dalam kejadian melarikan Pamela itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here