6 lebuh raya, 24 jalan utama ditutup, dilencongkan untuk ASEAN

Kuala Lumpur, Mei-
Enam lebuh raya dan 24 jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung minggu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata penutupan dan lencongan jalan dilakukan secara berjadual mengikut keperluan pergerakan delegasi dan tahap keselamatan.

Langkah itu, katanya membabitkan kawalan laluan dan pergerakan konvoi delegasi dari hotel penginapan ke lokasi mesyuarat serta tempat lawatan rasmi bermula 23 hingga 26 Mei.

Menurutnya, penutupan dan lencongan jalan akan bermula seawal jam 7.30 pagi.

Tindakan penutupan laluan akan dilaksanakan 30 minit sebelum waktu pergerakan delegasi dan dibuka semula selepas semua kenderaan rasmi tiba ke lokasi ditetapkan.

“Antara lokasi yang yang diguna dalam pergerakan ialah laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ke pusat bandar, penginapan rasmi, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Istana Negara,” katanya.
i dan dijangka berterusan secara berperingkat hingga 8 malam sepanjang tempoh persidangan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Petugas Sumber Manusia Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here