Rafizi beri bayangan tak tanding PRU16, tinggalkan PKR

Kuala Lumpur, Julai-
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberi bayangan untuk meninggalkan PKR selepas tamat penggal Parlimen ini dan tidak bertanding dalam PRU akan datang.

Ahli Parlimen dua penggal itu berkata beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada budaya politik yang ditunjukkan semasa pemilihan PKR pada Mei, apabila beliau tewas jawatan timbalan presiden kepada Nurul Izzah Anwar.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU16, Rafizi menjelaskan belum membuat keputusan berhubung perkara itu malah tidak menolak kemungkinan untuk tidak bertanding langsung.

“Kalau jawatan menteri pun saya sanggup lepaskan, apatah lagi sekadar tidak bertanding dalam pilihan raya.Sebenarnya, saya masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak pada PRU akan datang,” katanya dalam audio siar Yang Berhenti Menteri.

Menurut Rafizi, walaupun tidak lagi aktif dalam kepimpinan PKR, beliau tetap akan menghormati mandat sebagai Ahli Parlimen Pandan dan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasannya.

Rafizi juga berkata beliau akan melangkah ke fasa baharu tanpa menoleh ke belakang walaupun beliau pernah memainkan peranan penting dalam PKR.

Katanya lagi, beliau juga tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam parti pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here