STR, Sara 2027: Penerima dapat sehingga RM1,800 setahun

Kuala Lumpur, Oktober 10 –

Kerajaan meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada RM16 bilion pada tahun depan berbanding RM15 bilion tahun ini.

Menerusi penambahbaikan itu, semua penerima STR akan menerima Sara sehingga RM150 sebulan atau maksimum RM1,800 setahun yang dijangka memberi manfaat kepada sehingga sembilan juta penerima.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut memperluaskan bantuan Sara kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR.

“Sukacita diumumkan, peruntukan STR dan Sara 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion, ketimbang RM15 bilion.

“Semua penerima STR akan menerima Sara sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun. Ini akan memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima STR,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here