Bas rempuh tiga kereta

Johor Bahru, Jan-
Pemandu sebuah bas dilaporkan gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh tiga kereta di Kilometer 11 Jalan Johor Bahru–Air Hitam di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.50 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

“Siasatan awal mendapati bas dipandu lelaki tempatan berusia 59 tahun itu datang dari arah Skudai menuju pusat bandar sebelum gagal dikawal lalu melanggar belakang Perodua Myvi.

“Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun bersama seorang penumpang wanita berusia 42 tahun.

“Pelanggaran menyebabkan kereta berkenaan melanggar sebuah Perodua Bezza dan Volkswagen dipandu lelaki tempatan berusia 42 dan 62 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang Perodua Myvi cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Katanya, pemandu bas dan Volkswagen dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here