Home Bahasa Malaysia KWSP mohon maaf, akan perbaiki perkhidmatan

KWSP mohon maaf, akan perbaiki perkhidmatan

KUALA LUMPUR –

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memohon maaf kepada keluarga seorang pencarum KWSP berhubung pengalaman perkhidmatan kurang menyenangkan yang dialami mereka.

“KWSP ambil maklum mengenai berita yang sedang tular berkaitan pengalaman perkhidmatan dari salah seorang ahli KWSP di Johor Bahru. KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya.

Pihak KWSP telah menghubungi dan berjumpa dengan ahli tersebut dan keluarganya untuk memahami situasi ini dengan lebih lanjut,” menurut Jabatan Perhubungan Korporat KWSP dalam satu kenyataan.
Dilaporkan seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kesal kerana kakaknya yang merupakan pencarum KWSP dan terlantar sakit akibat kanser dibawa menaiki ambulan ke pejabat berkenaan bagi pengesahan cop jari untuk memohon pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan.

Selain membantu kes pencarum tersebut, KWSP juga akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan prihatin kepada ahli.

KWSP menegaskan pihaknya sentiasa mengambil berat aduan atau maklum balas pencarum mengenai tahap perkhidmatan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version