Home Bahasa Malaysia ADUN Selangor Ditahan Polis

ADUN Selangor Ditahan Polis

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4.45 petang di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini.

Menurut sumber, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.

“Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif,” katanya sambil menjelaskan ADUN terbabit kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Previous articleMandi 10 Jam Sehari
Next articlePemandu Van Maut, Empat Pemain Badminton Termasuk Kento Momota Cedera Ringan

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version