Home Bahasa Malaysia Bekas suami ditahan bantu kes bunuh

Bekas suami ditahan bantu kes bunuh

Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita di tempat letak kenderaan di Pusat Bandar Puchong Jaya, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, lelaki itu ditahan di Genting Highlands, kira-kira jam 2 pagi tadi dan siasatan mendapati suspek merupakan bekas suami kepada wanita tempatan berkenaan yang ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan kesan kelar di tubuh badannya.

“Lelaki itu ditahan direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Rabu depan. Setakat ini tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada suspek dan kes diasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version