Home Bahasa Malaysia Bersatu keluar PH

Bersatu keluar PH

Kuala Lumpur –

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin hari ini mengumukan parti itu telah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas parti yang diadakan semalam.

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook peribadinya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version