Home Bahasa Malaysia Mahkamah lepas, bebas Adun P Gunasekaren

Mahkamah lepas, bebas Adun P Gunasekaren

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seremban Jaya P Gunasekaren daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suffian Jaafar memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pendakwa raya supaya tidak meneruskan prosiding terhadap Gunasekaren, 61.

Mengikut pertuduhan, Gunasekaren didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama ‘DAP Guna Palanisamy’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di Kuala Lumpur, pada 2 petang, 7 Okt 2019.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version