Home Bahasa Malaysia Agong temu bual semua ahli parlimen mulai hari ini

Agong temu bual semua ahli parlimen mulai hari ini

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan menemu bual semua ahli parlimen mulai hari ini, kata Datuk Paduka Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin.

Beliau berkata, ia selaras dengan Perkara 43 (2) (a) yang menyatakan Agong akan melantik seorang anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri yang mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Apa yang akan berlaku hari ini dan esok ialah semua ahpi Parlimen akan dijemput untuk temu bual peribadi dengan Yang Di-Pertuan Agong.

“Ia ringkas, sekitar dua hingga tiga minit setiap seorang,” katanya.

Ahmad Fadil berkata proses itu akan bermula pada pukul 2.30 petang.

“Ia akan bermula dengan kumpulan ahli parlimen berjumlah 90 orang. Kesemua akan dipanggil.

Previous articleAgong lantik Mahathir sebagai PM interim – KSN
Next articleDr Mahathir Sebagai Perdana Menteri Interim

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version