Home Bahasa Malaysia COVID-19:110 kes baru membawa jumlah 900 kes

COVID-19:110 kes baru membawa jumlah 900 kes

KUALA LUMPUR: Seramai 110 kes baru Covid-19 telah dilaporkan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ini membawa jumlah kes positif di Malaysia sebnayak 900 pada tengah hari Khamis(19 Mac 2020).

Dalam satu kenyataan, beliau turut berkata seramai 15 kes Covid-19 telah pulih dan dihantar ke rumah dan menjadikan jumlah keseluruhan 75 kes.

Dr Adham juga berkata sebanyak 20 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan memerlukan ventilator.

Berdasarkan siasatan awal, 63 daripada 110 kes baru yang dilaporkan dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Sri Petaling yang membawa jumlah kes berkaitan dengan 576. Majoriti kes Covid-19 di negara ini adalah dari kelompok tabligh.

Walaupun lebih 10,000 orang yang menghadiri acara itu telah diperiksa dan pihak berkuasa masih cuba untuk mengenalpasti 4000 orang lagi. Daripada 10,000 yang diperiksa kira-kira 5,00 diminta untuk memberi sampel dan satu daripada 10 disahkan positif Covid-19.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version