Home Bahasa Malaysia Percubaan vaksin Covid-19 bermula

Percubaan vaksin Covid-19 bermula

GENEVA: Ujian kinikal vaksin pertama novel koronavirus (COVID-19) telah bermula, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu.

Agensi berita Anadolu melaporkan, ujian itu bermula “60 hari selepas virus itu dikongsi oleh China”.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi ujian klinikal itu dijalankan.

Pegawai kesihatan mengatakan tempoh sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan diperlukan sebelum vaksin itu dapat digunakan.

Tedros menyeru penyelidik di seluruh dunia berganding bahu “untuk membuat penilaian terhadap eksperimen terapeutik”.

Sehubungan itu, WHO dan rakannya menganjurkan satu kajian bersama dengan beberapa negara antaranya Argentina, Bahrain, Kanada, Perancis, Iran, Norway, Afrika Selatan, Sepanyol, Switzerland dan Thailand.

“Kami tahu banyak negara kini terjejas dengan wabak COVID-19 dan sedang bergelut untuk mengekang penularan virus itu. Harapan masih ada,” kata Tedros.

Pelbagai langkah pencegahan boleh diambil oleh setiap negara seperti – membatalkan acara sukan, konsert dan perhimpunan berskala besar – untuk membantu membendung penularan wabak.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version