Home Bahasa Malaysia Tourism Selangor beri komitmen tinggi terhadap Perintah Kawalan Perintah

Tourism Selangor beri komitmen tinggi terhadap Perintah Kawalan Perintah

SHAH ALAM: Negara kini diuji dengan situasi penularan wabak pandemik yang memberikan ancaman kepada kesihatan orang ramai serta turut menjejaskan industri pelancongan Negara secara khusus. Virus Corona telah diberikan nama rasmi“Covid-19” oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Februari yang lalu sebelum Organisasi yang sama mengisytiharkan wabak tersebut sebagai sebuah“pandemik” pada 11 Mac.

Kebimbangan yang tercetus ini telah menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan kenyataan agar para penganjur mengambilkira untuk membatalkan program skala besar di Negeri Selangor pada 7 Mac susulan gelombang kedua penularan wabak. Manakala sehari selepas pengisytiharan “pandemik” pada 12 Mac, Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah mengumumkan penangguhan semua program berskala besar yang tidak kritikal di Negeri Selangor berkuatkuasa secara serta-merta atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hal ini disusuli oleh pengumumanY.A.B Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac berkaitan penguakuatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31
Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Akta Polis 1967. Sehari selepas pengumuman iaitu pada 17 Mac, sebuah Sidang Mesyuarat Khas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Menurut Perutusan Khas Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada petang hari yang sama, susulan penguakuatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 18 hingga 31 Mac 2020, segala operasi urusan rasmi Kerajaan Negeri melibatkan pejabat SUK, Menteri Besar, EXCO, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah hingga ke pejabat rangkaian Kerajaan Negeri akan dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang, e-mel atau WhatsApp Messenger.

Jesteru, selaras dengan perincian Perintah Kawalan Pergerakan ini, operasi Pejabat Urusan Tourism Selangor serta Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort, Taman Eko Rimba Kanching, dan program Royal Klang Heritage Walk Tour ditutup sementara atau ditangguhkan dari 18 hingga31 Mac 2020.Segala operasi hanya akan diteruskan semula pada 1 April 2020, tertakhluk kepada sebarang pengumuman rasmi atau situasi semasa kelak.

Hal ini jelas menunjukkan, Kerajaan Negeri Selangor, amnya, dan Tourism Selangor, khasnya meletakkan komitmen yang tinggi dalam mengikuti segala peraturan, polisi dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Penutupan produk-produk pelancongan seliaan Tourism Selangor dilaksanakan agar orang ramai khususnya di Negeri Selangor patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan dengan tidak berada di tempat umum tanpa alasan yang kritikal dan kekal berada di rumah.

Walaupun situasi semasa memberikan impak yang signifikan kepada industri pelancongan Negara hingga menggesa Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dibatalkan seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri pada 18 Mac, Tourism Selangor masih meletakkan fokus penuh terhadap inisiatif promosi pelancongan Negeri Selangor untuk tahun ini. Namun begitu, ada sebahagian acara pelancongan Negeri Selangor yang direncana sepanjang tahun 2020 telah dibatalkan dan ditangguhkan. Acara marathon tahunan khusus untuk peserta wanita, Malaysia Women Marathon 2020 yang sepatutnya diadakan pada 8 Mac lalu, Asian Golf Tourism Convention yang direncana 30 Mac hingga 4 April ini, acaraWings of KKB 2020 pada 1 April semuanya telah dibatalkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini di Negeri Selangor.

Manakala, acara TMM 2020 Grand Retromania Gathering 2020 yang sepatutnya berlansung pada 1 hingga 12 April ini ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak. Acara-acara pelancongan yang di rencana pada bulan Mei 2020 hingga akhir tahun akan diteruskan seperti perancangan. Antaranya ialah acara King of Kampung Kemensah pada 21 Jun, 44th Bon Odori Festival 2020 pada 18 Julai, Selangor International Indigenous Arts Festival 2020 pada 8 dan 9 Ogos, Rentak Selangor International pada 3 Oktober, 31 st Raja Muda Selangor International Regatta pada 11 hingga 21 November dan Selangor Cruise Festival 2020 pada 28 dan 29 November. Situasi yang sama turut menjejaskan inisiatif Tourism Selangor melibatkan program promosi pelancongan dan penyertaan dalam Konvensyen Pelancongan dalam dan luar negara. Antara yang paling terkesan adalah pembatalan Konvensyen Pelancongan terkemuka Eropah, ITB Berlin
2020 pada saat-saat akhir awal Mac lalu dimana segala persiapan telah dilakukan oleh delegasi dari Negeri Selangor pada waktu tersebut.

Namun, pihak Tourism Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan meneruskan  rancangan di Berlin, Jerman dengan sebuah “Sales Mission” yang telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan oleh para media dan wakil dari agensi pelancongan Eropah, khususnya yang berpusat di Berlin. Konvesyen Pelancongan antarabangsa yang lain seperti ATM Dubai 2020 yang dijadualkan berlangsung pada April ini ditangguhkan pada pertengahan bulan Jun, manakala Sea Trade Miami 2020 ditunda pada tarikh baharu yang akan diumumkan kelak. Bagi menghadapi situasi masa kini, pihak Tourism Selangor
memberikan tumpuan kepada penganjuran acara promosi bagi pasaran domestik bagi men
ggantikan penyertaan antarabangsa yang ditangguhkan.

Antaranya, Tourism Selangor mengambil bahagian dalam MITA e-Travel Fair 2020 yang buat julung kalinya diadakan melalui landasan digitalVacamania danTourplus dari 15 hingga 30 Mac ini. Tourism Selangor tutut bekerjasama dengan beberapa operator produk pelancongan sekitar Negeri Selangor dalam Kempen Jualan atas talian yang disediakan oleh pihak MITA. Antara usahasama yang sedang berlangsung adalah tawaran diskaun pakej pelancongan sehingga 70% dan kempen promosi jualan melalui laman media sosial. Program promosi bagi pasaran domestik seperti Program Jelajah Persona Selangor, Program Squad Kembara Sekolah dan Program FAM Trip bersama pihak media dan wakil dari agensi pelancongan turut ditangguhkan sementara sehingga keadaan kembali reda. Manakala, inisiatif pengiklanan bagi pasaran domestik akan diteruskan melalui pengiklanan papan tanda pegun dan digital serta e-bunting di lokasi-lokasi strategik di seluruh Negara termasuk di KLIA dan KLIA2, dan negeri-negeri seperti Negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Melaka.

Pihak Tourism Selangor mengambil peluang ini untuk mengkaji semula segala rancangan promosi pelancongan bagi tahun 2020 dan membuat persediaan rapi bagi penganjuran Kempen Tahun Melawat Selangor 2021 termasuk penyediaan penjenamaan Kempen, promosi awal dan pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan pelancongan di Negeri Selangor. Pihak Tourism Selangor akan turut bekerjasama erat dengan penggiat industri pelancongan seperi operator hotel dan penginapan, agensi pelancongan, dan pihak NGO seperti Malaysian Association of Tour and Travel agents (MATTA), Malaysian Association of Hotels (MAH) danMalaysian Inbound Tourism Association (MITA).

Kerjasama ini akan dapat membantu para operator produk pelancongan serta pemandu pelancong memasarkan produk dan pakej pelancongan yang mereka tawarkan kepasaran domestik dan antarabangsa. Selain itu, aktiviti dan kempen promosi Tourism Selangor melalui landasan digital dan atas talian seperti di laman media sosial Facebook, Instagram, LinkedIn, YouTube, Twitter dan Weibo akan terus dipergiat. Tourism Selangor juga telah melancarkan laman sesawang terbaharu; Selangor.travel dengan intipati pelancongan yang komprehensif yang turut menawarkan pengalaman layar yang pantas dan lancar. Adalah diharapkan, sasaran Kerajaan Negeri Selangor untuk menerima jumlah kedatangan pelancong seramai 8 juta orang pada tahun ini akan dapat direalisasi hasil dari momentum positif serta fokus Tourism Selangor dalam meneruskan inisiatif kelancongan industri pelancongan Negeri khususnya dalam situasi yang mencabar ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version