SUBANG JAYA: Berhubung pengumuman oleh Perdana Menteri pada 1 Mei yang lalu, PROTON akan kembali menjalankan operasi Syarikat secara berperingkat bermula 5 Mei 2020. Proses pembukaan ini akan mematuhi setiap arahan dan syarat seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa.
Semua premis dan kakitangan perlu mematuhi protokol keselamatan yang ketat seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dalam usaha untuk mengekang penyebaran virus COVID-19.
“PROTON akan kembali memulakan semua aktiviti perniagaan secara berperingkat.
Selain daripada pusat pameran Syarikat, PROTON juga akan memulakan operasi pengeluaran di kilang-kilangnya di Tanjung Malim dan Shah Alam secara berperingkat bermula 5 Mei. Pejabat korporat di Pusat Kecemerlangan (COE) juga akan mula beroperasi, namun, akan mempraktikkan amalan kerja baharu bagi meminimakan risiko jangkitan.
“Kami ingin meyakinkan semua pelanggan bahawa kami akan berusaha seboleh mungkin dalam memastikan keselamatan dan kesihatan anda terjamin. Sebagai pengeluar automotif yang bertanggungjawab, keselamatan tetap menjadi keutamaan kami,” tambah Li.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan jualan dan selepas jualan, sila rujuk laman web di proton.com atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1-800-88-8398.