Home Bahasa Malaysia COVID-19: pemengang pas MM2H dibenarkan pulang

COVID-19: pemengang pas MM2H dibenarkan pulang

KUALA LUMPUR: Mulai esok, individu yang menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tetapi masih terkandas di luar negara dibenarkan pulang ke Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan dan perlu disahkan negatif COVID-19 di negara berkenaan terlebih dahulu sebelum pulang.

“Apabila mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka perlu mematuhi semua peraturan ditetapkan termasuk menjalani saringan dan kuarantin wajib 14 hari.

“Kos bagi menjalani proses kuarantin wajib ini perlu ditanggung sendiri oleh peserta program ini,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya dekat sini, hari ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version