Home Bahasa Malaysia kes ragut depan mata – MP minta polis buat kerja

kes ragut depan mata – MP minta polis buat kerja

KUALA LUMPUR-

seorang ahli perniagaan bersalam dengan anggota parlimen kawasannya dicemari dengan insiden ragut.

Dalam laporan polisnya, N Mohan Nadarajan, 53, berkata rantai emasnya direntap ketika mengikuti wakil rakyat Batu P Prabakaran meninjau kerosakan jalan raya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Menurut salinan laporan polis,  seorang penunggang motosikal menepuk bahunya sebelum meragut rantai dan melarikan diri. “Saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Untuk makluman saya mempunyai rakaman CCTV (kamera litar tertutup) Laporan itu dibuat di balai polis Jinjang, tidak jauh dari tempat kejadian, tengah hari ini.

kejadian ragut di depan matanya itu, Prabakaran meminta pihak polis supaya meningkatkan rondaan di kawasan Batu. “Saya akan bincang dengan ketua polis Sentul untuk menambahkan rondaan untuk mengekalkan keselamatan dan aman di kawasan Batu.

“Saya bekerja keras dari 8 pagi hingga 8 malam, kenapa tidak boleh mereka (kerja macam saya)?

“Tapi, orang-orang ini datang dan mudah ragut rantai begini. Kita masih ada banyak peluang pekerjaan,” katanya

 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version